“ Apa ? Nak pergi
Bukit Merah ?” Tanya Adam Haikal .
“ Ya nak pergi Bukit
Merah , cuti ada seminggu lagi kan . Ke Adam nak duk rumah je ? ” Tanya DatinHaliza .
“ Adam malaslah ,
along ikut tak ? ” Kata Adam Haikal seraya
memandang kearah Halif Zikri yang sedang membaca surat khabar . Halif Zikri mengangkat muka . Dia memandang muka mamanya
dan adiknya silih berganti .
“ Tak confirm
lagi , bila tu ma ? ” Halif Zikri memandang Datin Haliza .
“ Esok ”jawab Datin
Haliza sepatah .
“ Mak oi,
cepatnya ma belum apa-apa lagi ” kata Halif Zikri . Aina Amirah yang sedang meriba
Lidiya Batrisyah hanya senyap memandang keluarga suaminya itu . Halif Zikri mencapai tangan isterinya sambil berkata
“Sayang nak pergi tak? ” Aina Amirah memandang.
“ Aina ikut aja ,
abanglah kerja ” kata Aina Amirah .
“ Ambil jelah cuti
,bawa keluarga jalan-jalan, bukan selalu”cadang Datuk Rahman .
Elia Syafiqah
dan Adam Haikal hanya senyap menunggu adegan seterusnya. Datin Haliza bangun berjalan
menaiki anak tangga untuk kebiliknya .
“ Mama kamu semua
dah merajuk”kata Datuk Rahman . Dia bangun lalu menyusuli isterinya.
“Along lah ni,
mintalah cuti”kata Elia Syafiqah.
“ Angah cakap senanglah
,yang angah tu takde class ke”kata Halif
Zikri .
“
Takde , sebab tu nak ikut mama dengan papa” jawab Elia Syafiqah.
“
Hmmmm....Adam nak naik atas lah, nak study”
kata Adam Haikal. Dia bangun menapak ke tangga. Namun dia berhenti dan menukar
arah ke dapur.
“
Nak makan lah tu gemuk!” jerit Elia Syafiqah.
“
Angah, sopan sikit lah perempuan kan” tegur Halif Zikri.
“
Ops,sorry along.. apa kita nak buat nak pujuk mama ni? ” tanya Elia Syafiqah .
Dia memandang Halif Zikri dan Aina Amirah .
Lidiya Batrisyah sedang bermain dengan anak patungnya di sudut ruang
tamu itu. Kelihatan Adam Haikal berjalan dari dapur menguyah kek coklat . Halif
Zikri yang melihat adiknya itu terus memanggil adiknya.
“
Adam sini jap gemuk” panggil Halif Zikri. Elia Syafiqah dan Aina Amirah ketawa.
Adam Haikal mencebik, dia berjalan kearah abangnya.
“
Apa along ni,dah lah panggil orang gemuk” kata Adam Haikal.
“
Duduk sini lah, nak bincang ni macam mana nak pujuk mama” kata Halif Zikri.
“
Angah rasa nak bawa mama keluar shopping lah, nak ikut tak?” cadang Elia Syafiqah.
“
Menjadi ke idea kau tu ngah” Tanya Halif Zikri.
“
Entah lah along,kita cuba dulu lah” kata Elia Syafiqah sambil tersenyum .
“
Akak rasa baik kita buat suprise kat
mama,mama suka makan kek kan? ” tanya Aina Amirah .
Mereka
bertiga mengangguk serentak. Elia Syafiqah bangun sambil tersenyum dia memandang
kakak iparnya.
“
Bagus kak , Eli boleh lupa pula mama suka kek !”ucapnya sambil mencuit pipi
Aina Amirah .
“
Suka je sentuh bini along ,calar siap kau ngah” Halif Zikri memberi amaran.Aina Amirah ketawa, Elia Syafiqah mengetap bibir. “Eleh macam lah aku ni Cik ponti
yang nak cakar-cakar muka bini kesayangan dia tu ” katanya dalam hati . Adam Haikal
dari tadi hanya senyap.
“Adam,kenapa
diam je ni? ”tanya Aina Amirah apabila dia menyedari Adam Haikal hanya senyap
dari tadi.
“
Takde apa lah kak , Adam ingat nak ajak mama turun bawah lah kak,” kata
Adam Haikal .
“
Untuk apa,kan kita nak buat suprise
kat mama ni? ”kata Elia Syafiqah.
“
Jum semua, mulakan operasi suprise
mama , Adam jaga lidiya boleh?” Tanya Halif Zikri.
Sedang
mereka berlima di bawah dengan agenda masing-masing Datuk Rahman dan Datin Haliza
sedang merencanakan sesuatu untuk Adam Haikal.
“
Abang, saya berkenan benar dengan Azia tu lah bang” kata Datin Haliza.
Datuk
Rahman memandang wajah isterinya,Datin haliza tersenyum manis. Dia kurang
mengerti sebenarnya .
“
Maksud awak ? ” Tanya Datuk Rahman kurang mengerti .
“
Saya ingat nak pinang Azia tu lepas SPM ” kata Datin Haliza .
“
Awak biar betul sayang oi, budak tu muda lagi” kata Datuk Rahman.
“
Saya nak meminang aje, bukan nak suruh mereka nikah lah” kata Datin Haliza
pula.
“
Hmmm, nanti kita bincang dengan Encik Zainal dan Puan Zaitun lah” kata Datuk Rahman.
“
Okay” jawab Datin Haliza ceria.
“Abang
kek tu dah masak ke belum?”tanya Aina Amirah . Dia baru sahaja lepas memberi
Lidiya Batrisyah minum susu . Dia ke ruang tamu sebentar tadi untuk memberi
botol susu kepada anak kecilnya itu . Adam Haikal muncul bersama kakak iparnya sambil
mendukung Lidiya Batrisyah . Lidiya Batrrisyah memandang kearah papanya sambil
menghisap botol susu.
“
Sekejap lagi masak lah tu sayang ” kata Halif Zikri.
“
Abang, nanti Adam nak rasa kek tu tau” kata Adam Haikal .
“No no no, tu untuk mama. Kau tengok je
nanti” kata Halif Zikri .
Aina
Amirah dan Elia Syafiqah yang tengah mengemas dapur ketawa.
Datuk
Rahman melangkah menuruni anak tangga , dia menjenggah ke bawah. Sunyi sepi .
“
Mana pulak budak –budak ni pergi” kata Datuk Rahman sendirian.Dia turun lalu
duduk ke sofa di tepi tangga.
“
Ehem ehemmmm....” Datuk Rahman memandang kerah dehaman itu. Halif Zikri sedang
tegak berdiri memandangnya.
“
Mama mana pa? ”Tanyanya .
“
Kat atas,solat tadi.. kenapa ? ”
“
Takde apa pa, Zik nak naik jap panggil
mama” ujar Halif Zikri berlalu meninggalkan Datuk Rahman .
Datin
Haliza baru sahaja selesai menyarungkan tudungnya ketika Halif Zikri sampai di
pintu dibiliknya.
“
Ma..” panggil Halif Zikri apabila Datin Haliza membuka pintu bilik .
“
Zik, kenapa ni ? ”Datin Haliza pelik .
“
Jum ma turun bawah” Zikri tarik tangan Datin Haliza sambil tersenyum , Datin Haliza
hanya diam tidak memberi apa-apa respons.
Datin
Haliza melihat Datuk Rahman diruang tamu.
“Pa jum,” ajak Halif Zikri .
“
Pergi mana?” Datuk Rahman menyoal .
“
Taman tepi rumah,jum lah” ajak Halif Zikri lagi .
“
Anak awak ni kenapa entah” omel Datin Haliza .
“
Mana saya tahu”jawab Datuk Rahman sambil menjongket bahu .
“
Mana semua orang? ”
“
Jum ikut Zik dulu ..” kata Halif Zikri sambil menarik tangan Datin Haliza.
Datuk
Rahman melangkah mengikut isteri dan anaknya.
Elia
Syafiqah , Aina Amirah , Adam Haikal dan Lidiya berada di taman itu .
Di atas meja terhidang seteko air teh panas.
Halif Zikri masuk ke dalam rumah semula untuk
mngambil kek yang mereka ‘operasi’ tadi. Datin Haliza dan Datuk Rahman pelik ,
melihat anak menantunya. Setelah mereka tiba di hadapan meja. Mereka semua
serentak menyanyikan lagu...
“
Maafkan kami , maafkan kami.. maafkan kami mama... kami janji tak buat lagi...
kami janji tak sakitkan hati mama dah” nyanyi mereka serentak . Rentak apa pun
mereka tidak tak tahu , yang mereka tahu hanya menyanyi memohon maaf .
Datin
Haliza ketawa . Datuk Raman berpaling pada isterinya .Mereka semua terdiam
terkejut apabila mendengar Datin Haliza ketawa .
“
Kamu semua ingat mama merajuk ye ?” Teka Datin Haliza
“Habis
yang mama naik tiba-tiba tadi tu kenapa ? Halif Zikri menyoal kembali .
“
Mama nak ke tandas , sebab tu tergesa-gesa naik tu”
“Papa
kata mama merajuk” tambah Elia Syafiqah
Datuk
Rahman hanya tersengih. Adam Haikal menapak ke arah mamanya .
“Ma
jum makan kek , dia orang buat” ajak Adam Haikal .
Aina
Amirah sibuk menuangkan air teh panas ke dalam cawan . Adam Haikal mengenyit mata kepada Datuk
Rahman . Elia Syafiqah sibuk mengacah Lidiya Batrisyah . Halif Zikri pula
memotong kek untuk di hidang . Petang itu mereka sekeluarga bersantai sehingga
ke senja di luar rumah .
Azia
Nasuha termenung di beranda biliknya . Dia menghitung hari , beberapa bulan
lagi dia dan Adam Haikal akan menduduki peperiksaan SPM . Selepas exam mungkinkah
dia dan Adam Haikal akan terus berkawan seperti sekarang . Ketika di akhir
tahun tingkatan tiga , dia mendapat keputusan PMR yang cemerlang . Dia ditawar ke Sekolah Menengah
Sains di Tapah , Perak . Namun dia tidak berpindah ke sekolah itu kerana dia tidak
ingin berpisah dengan Adam Haikal . Satu keluhan berat di lepaskan . Dia
beredar dari koridor dan turun ke ruang tamu . Dia melihat ayahnya sedang duduk
menonton televisyen . Dia duduk di sofa tunggal di sebelah kanan Encik Zainal .
“Ibu
mana ayah?”
“Kat
dapur agaknya , Zia pergi tengok”
Azia
bangun . Kelibatnya menghilang ke dapur .
Seketika
kemudian dia muncul sambil menggeleng .
“
Takde lah ayah , ibu pergi mana erk ?” jarinya diketuk-ketuk di atas pahanya .
“Nape
cari ibu , duduk dengan ayah jelah kat sini” Encik zainal memandang wajah manis
anaknya itu . Dia hanya mempunyai seorang anak .Kasih sayangnya hanya tumpah
kepada anak gadisnya itu seorang sahaja.
“Assalamualaikum….”
Kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah .
“Macam
suara ibu je ayah , Zia pergi buka pintu jap ye” katanya terus bergerak ke
pintu .
“Waalaikumusalam
, ibu dari mana ni ?’ ujar Azia Nasuha sambil membuka pintu .
“Dari
rumah untie Haliza , dia call mama tadi ”
“Oh
, kenapa dia panggil ibu pergi sana?”
Masih tercegat di pintu Azia Nasuha bertanya pada ibunya .
“Tutup
pintu tu dulu , lepas tu kita bincang dengan ayah sekali kat depan”
Azia
mengangguk . Dia menutup pintu lalu mengikut ibunya .
“Maaf
lah abang , saya pergi rumah Datin Haliza tadi. Dia call saya ” Puan Zaitun
memberitahu suaminya .
“Ada
apa kat sana ,?” Enzik Zainal bertanya .
“Esok
anak-beranak tu nak pergi Lake Town . Dia ajak kita semua pergi juga .” Puan
Zaitun menerangkan .
Azia
Nasuha menyengih . Encik Zainal terdiam . Hendak pergi namun esok dia kerja .
“Abang
mahu ke pergi , besok kerja kan ?”
“Tak
pergi , tanya anak dara awak tu”
“Azia
nak pergi ke ? Dari tadi lagi duk menyengih apa hal”
“Ala
kalau ibu dengan ayah tak pergi , Zia nak pergi dengan siapa ?” dia menyoal
kembali .
“Dengan
Adam lah , keluarga dia sekali . Kak Eli kan ada”
“Boleh
ke ayah , Zia nak ikut untie tu pergi ?” Azia Nasuha meminta izin ayahnya .
Puan Zaitun hanya tersenyum . Encik Zainal diam . Seketka kemudian dia
mengangguk . “Boleh , jaga diri Zia . Memang dah lima belas tahun kita kenal keluarga dia tapi sekarang
Zia dah besar . So faham-faham lah” Encik Zainal membenarkan . Faham benar
dengan perangai anak gadisnya yang amat rapat dengan Adam Haikal . Azia Nasuha
melonjak kegembiraan . Dia bangun dan mencium pipi ayahnya . Dia beralih ke
Puan Zaitun dan memeluknya .
“Thanks
ibu ayah”
Azia Nasuha naik ke atas dan mengemas barang yang perlu dibawanya esok . Dia tidak sabar
hendak bercuti !
