Adam Haikal berjalan menuruni anak
tangga . Dia melihat semua sanak saudaranya sudah berada di ruang tamu . Mereka
sedang sibuk bersembang sambil menyiapkan hantaran . Dia turun tangga sambil
tersenyum apabila melihat kelibat Azia Nasuha di sebelah mamanya yang sedang
menghias pelamin . Matanya tidak lepas daripada memandang paras rupa gadis itu
. Azia Nasuha memandang kearah Adam Haikal apabila dia merasakan dirinya
diperhatikan . Azia Nasuha turut tersenyum melihat Adam Haikal . Sampai di anak
tangga yang terakhir Adam Haikal tersalah pijak dan dia jatuh terduduk .
Dia berjalan menuju ke arah peti sejuk . Dia mengambil air Peel Fresh Orange dan membawanya ke meja .
“ Hai Adam anak mama , kenapa masam je ni ? ” Tanya Datin Haliza sambil mencuit pipi Adam Haikal .
“ Aduh sakitnya ” katanya seraya
bangun sambil menggosok punggungnya .
“ Cuai sangat tu kenapa? ” Tanya
Datuk Rahman apabila Adam Haikal sudah mengambil tempat di sebelahnya .
“ Mata ke lain tu abang ” kata
Datin Haliza menjeling kepada Adam Haikal .
“ Mana ada , merepek je mama ni
” kata Adam Haikal . Azia Nasuha di sebelah Datin Haliza hanya tersenyum
. Datuk Rahman tergelak kecil melihat gelagat anak bujangnya yang seorang itu .
“ Kamu baru bangun ke Adam ?
Pukul 11 dah nih , pergi makan kat dapur sana” Puan Hazimah
menyuruh.
“ Yelah makngah semalam Adam study sampai pukul 4 pagi ” kata Adam Haikal
.
“ Study smart Adam , nak SPM this
year kan ” bebel Datin Haliza .
“ Yelah ma , makngah Azim
mana ? ” Tanya Adam Haikal kepada makngahnya . Azim Rashidi merupakan sepupunya
. Berada di tingkatan empat . Dia pulan calon SPM pada tahun ini .
“ Entah , kat halaman kot . Cuba
kamu tengok kat luar sana . ” Jawab Puan Hazimah .
Adam Haikal hanya mengangguk .
Malas hendak melayan mereka yang sedang menghias pelamin untuk majlis
pertunangan kakaknya Elia Syafiqah dia bangun lalu menapak ke dapur .
Dia berjalan menuju ke arah peti sejuk . Dia mengambil air Peel Fresh Orange dan membawanya ke meja .
“ Laparnya perut ni ” kata Adam
Haikal seorang diri terus menuang air tersebut ke dalam gelas . Dia mengambil
sepotong kek Sarawak di atas meja lalu menguyahnya . Sedang dia menuang
air ke dalam gelas Azia Nasuha berjalan menuju ke arahnya . Azia Nasuha tersenyum
manis memandang kearah Adam Haikal .
“ Awak lapar ek ? ” teka Azia
Nasuha .
“ Mana awak tahu , awak intai saya
eh ? ” tembak Adam Haikal .
“ Ei takde masa saya , saya tahu
lah . Muka awak tu kuat makan " kata Azia Nasuha menyakat Adam Haikal .
“ Saya memang tembam tapi tak kuat
makan tahu ? ” kata Adam Haikal .
Azia Nasuha tergelak . Dia suka
melihat muka Adam Haikal yang monyok apabila disakat . Azia Nasuha mengambil
tempat bertentangan dengan Adam Haikal .
“ Sabtu ni awak datang tak ? ”
Tanya Adam Haikal kepada Azia Nasuha . Sambil tersenyum Adam Haikal merenung
muka Azia Nasuha . Muka Azia Nasuha sudah mula merah seperti udang kena salai .
“ Tengok lah dulu ” Kata Azia
Nasuha pendek sambil menundukkan mukanya . Jarinya diketuk-ketuk atas permukaan
meja . Senyuman dibibir Adam Haikal mati apabila mendengar jawapan Azia Nasuha
. Azia Nasuha melihat sisa air Peel
Fresh di dalam gelas Adam
Haikal . Tiba-tiba Datin Haliza muncul sambil berjalan merapati Adam Haikal .
Dia melihat muka Adam haikal yang monyok . Bergaduh dengan buah hati lah tu ,
desis Datin Haliza dalam hati . Azia Nasuha hanya tersenyum memandang muka
Datin Haliza .
“ Hai Adam anak mama , kenapa masam je ni ? ” Tanya Datin Haliza sambil mencuit pipi Adam Haikal .
“ Tanya Azia ma , dia buat anak
mama monyok ” adu Adam Haikal .
“ Saya pulak , dia tu yang manja ”
kata Azia Nasuha sambil menjelir lidah kepada Adam Haikal . Datin Haliza mengeleng melihat keletah Adam Haikal dan Azia
Nasuha . Sudah 15 tahun mereka berkawan dan membesar dihadapan matanya . Sejak
Adam Haikal berumur 2 tahun lagi Datin Haliza berpindah ke Bukit Antarabangsa .
“ Hm mengadanya anak mama ni , Azia buat apa sayang ? ” Tanya
Datin Haliza cuba memujuk Adam Haikal .
“ Ala mengada tu untie , merajuk sebab Zia tak confirm lagi nak datang ke tak Sabtu nanti ”
kata Azia Nasuha jujur .
“ Oh patutlah pun , jangan lupa datang ye Zia . Untie dah tempah baju untuk Zia sekali tahu
? ” kata Datin Haliza .
“ Lah untie ni buat susah-susah jelah , baju dalam
almari Zia banyak lagi yang tak pakai untie ni ” kata Azia Nasuha sambil tersenyum
memandang muka Adam Haikal yang sudah kembali ceria .
“ Ma baju Adam sama lah dengan baju Nasuha kan ? ” celah Adam
Haikal tiba-tiba .
“ Tak sama , baju Adam baju melayu saiz XXL , baju Azia baju
kebaya saiz M ” terang Datin Haliza . Adam Haikal mencebir bibirnya . Azia
Nasuha dan Datin Haliza ketawa serentak . Seketika kemudian dia terdiam . Baju
kebaya ? Otak Azia Nasuha ligat . Azia Nasuha terkejut .
“ Hah kebaya untie ?
” Tanya Azia Nasuha . Matanya membulat . Adam Haikal tersenyum namun Datin
Haliza kaget .
“ Kenapa Zia tak suka ke ? ” Datin Haliza kelam kabut . Kerana esok baju
yang di tempah akan di hantar oleh pekerja Butik Anggerik ke rumahnya .
“ Bukan , takut tak selesa je ” jawab Azia Nasuha jujur .
“ Oh , don’t worry my
dear . Untie tak buat fit lah saying . Longgar . Jangan risau
okay ” kata Datin Haliza . Azia Nasuha
tersenyum lega . Adam Haikal merenung senyuman Azia Nasuha , senyuman itu yang
sering bermain di dalam kepalanya sejak akhir-akhir ini . Datin Haliza mengajak
Azia Nasuha dan Adam Haikal ke ruang tamu untuk meneruskan kerja menghias
pelamin .
Selepas Asar , abang sulung Adam Haikal iaitu Halif Zikri bersama
isteri Aina Amira dan anaknya Lidiya Batrisyah sampai . Datuk Rahman dan Datin
Haliza gembira menyambut kedatangan anak dan menantunya . Azia Nasuha sudah
pulang kerumah bersama ibunya , Puan Zaitun setelah kerja menghias pelamin
sudah siap . Belum sempat Datuk Rahman dan Datin Haliza menyentuh Lidiya
Batrisyah daripada dukungan Aina Amira , Adam Haikal terlebih dahulu mengambil
Si Tembam itu dari dukungan kakak iparnya itu . Mereka berjalan masuk ke ruang
tamu yang sudah siap dikemas . Mereka duduk di sofa empuk Lorenzo Datin Haliza .
“ Hoi budak , salam along dulu baru ambil Lidiya lain kali ” marah
Halif Zikri.
Adam Haikal tergelak . Dia bersalam dengan abang dan kakak iparnya
. Tangan yang sebelah lagi mendukung anak buah kesayangannya . Datin Haliza dan
Datuk Rahman berpandangan sesama sendiri .
“ Tengok adik kamu tu Zik , sayang sangat dengan anak kamu ” kata
Datin Haliza . Halif Zikri dan Aina Amira tersenyum .
“ Dia nak adik lagi kot ma , kan pa ” kata Halif Zikri mengusik
kedua orang tuanya .
“ Merepek lah kamu ni ” kata Datin Haliza sambil menarik hidung
anak sulungnya itu .
“ Papa pun kuat lagi Zik , tapi nanti Lidiya dapat makcik yang
muda dripada dia lah ” tambah Datuk Rahman . Kemudian Datuk Rahman dan Halif
zikri ketawa bersama-sama . Datin Haliza hanya tersenyum . Dia sedang ralit
memerhatikan wajah menantu sulungnya yang pucat .
“ Kamu tak sihat ke Aina ? ” Tanya Datin Haliza sambil merenung
muka menantunya yang duduk bertentangan dengannya .
“ Okay je ni ma . Hari ni panas kot ” jawab Aina Amira .
“ Zik bawa bini kamu naik atas suruh dia rehat . Muka dia pucat semacam
je mama tengok ni ” suruh Datin Haliza .
“ Okay ma . Jum sayang naik atas ” ajak Halif Zikri sambil memaut
pinggang isterinya .
Datuk Rahman melihat isterinya yang sedang membaca majalah
Wanita setelah Halif Zikri dan Aina Amira naik ke bilik . Dia terpandang akan
tudung isterinya senget .
“ Sayang , sini kejap kat abang " kata Datuk Rahman menggamit
isterinya .
“ Kenapa bang ? ” Tanya Datin Haliza pelik .
“ Ni tudung awak senget ” kata Datuk Rahman sambil membetulkan
tudung isterinya . Puan Hazimah yang baru muncul tersenyum melihat sikap
romantik abangnya .
“ Amboi abang , romantiknya ” kata Puan Hazimah . Elia Syafiqah di
sisi makngah hanya tersengih memandang ibu bapanya .
“ Mestilah kena romantik , bagi contoh yang baik kepada orang yang
bakal memasuki alam baru ” katanya sambil menjeling anak keduanya Elia Syafiqah
. Elia Syafiqah buat-buat tidak dengar dan meminta izin naik ke biliknya .
“ Mana Lidiya ? Dengan Adam lagi ke ? ” tanya Puan Hazimah
.
Datuk rahman dan Datin Haliza mengangguk serentak . “ Kemana lah agaknya si bujang tu bawak lari cucu aku ”
getus Datuk Rahman dalam hati.

No comments:
Post a Comment