Selepas menunaikan solat Magrib berjemaah dan menikmati hidangan makan malam , keluarga Encik Rahman berkumpul di ruang tamu . Gelagat Lidiya Batrisyah yang baru pandai bertatih itu membuatkan semua orang ketawa .“ Fuh lega dapat tengok cucu depan mata , kalau tak asyik hilang je ”perli Datuk Rahman kepada Adam Haikal . Adam Haikal menjeling manja terhadap papanya sambil tersenyum dia berkata “Adam rindu montel tu , kalau boleh malam ni nak tidur dengan Lidiya lah . Boleh tak kak ? ” Tanya Adam Haikal kepada kakak iparnya . Aina Amirah memandang muka suaminya . Halif Zikri sibuk menonton Buletin Utama . Dia mencuit suaminya . Halif Zikri berpaling ke arah isterinya .“ Apa sayang ? ” Tanya Halif Zikri .“ Adam nak tidur dengan anak kesayangan abang malam ni , boleh tak ? Aina Amirah meminta izin suaminya . Halif Zikri mengerutkan kening . Dia memandang kearah Adam Haikal yang sedang membuat muka comel .“ Eleh bodek lah tu , boleh sehari je tau ” kata Halif Zikri .Adam Haikal senyum . “Thanks along , thanks akak . Jum Lidiya....” baru sahaja Adam Haikal hendak bangun mengambil Lidiya Datin Haliza sudah mendukung si montel itu .“ Jum dengan nenek , harini dah puas main dengan acu kan . Jum nenek dukung ” kata Datin Haliza sambil mendukung cucunya itu . Elia Syafiqah dan Puan Hazimah ketawa melihat muka Adam Haikal .“ Dik kau jangan buat muka seposen kat sini , tak laku ” ujar Elia Syafiqah.“ Adam buat muka comel la , bukan buat muka murahlah ” balasnya kepada Elia Syafiqah .PuanHazimah , Elia Syafiqah , Aina Amirah , Halif Zikri dan Datuk Rahman sibuk menonton berita . Datin Haliza sudah hilang keatas bersama cucunya .
Azim Rashidi berjalan dari dapur . Dia mengambil tempat di sebelah Adam Haikal .
“ Tolong ajar Biology jap ” pintanya .
“ Sekarang ke Zim ? ” tanyanya .
“ Sekarang , jumlah pergi bilik bacaan ” kata Azim Rashidi sambil menarik tangan Adam Haikal . Adam Haikal bangun tercegat
.“ Pergi sana belajar budak – budak , orang tua kat sini ada hal sikit nak bincang ” kata Datuk Rahman .Adam Haikal akur , dia dan Azim Rashidi bergerak menuju ke bilik bacaan .Sedang Adam Haikal mengajar Azim subjek Biology . Handphone Samsung Galaxy SII yang di hadiahkan oleh papanya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk .Oh mesej daripada Nasuha , katanya dalam hati . Dia terus membuka pesanan daripada Nasuha itu . Azim Rashidi hanya memandang kearah Adam Haikal apabila dia menghentikan sesi mengajar Biology kepada Azim .
Dia membuka mesej “ Salam , buat apa tu ? ”
Dia menaip .“ Tengah ajar Azim Bio, awak ? Send .
“ Baru buka buku , nak study Addmaths ni ” balas Azia Nasuha
“ Okay good luck ” Adam Haikal menghantar mesej itu .
“ Thanks montel , jangan lupa study k ” pesan Azia Nasuha .
“ Insya-Allah tak , bye assalam ” Last mesej di hantar .
“ Dah habis ke iklan ? ” Tanya Azim Rashidi .
“ Oh sorry sorry , kat mana aku ajar tadi ? ” kata Adam Haikal .“
Kau ni Adam , bila mesej dengan Azia semua benda lupa ” omel Azim Rashidi .Adam Haikal hanya tersengih . Dia meneruskan aktiviti mengajar Azim Biology . Selepas selesai mengajar Azim Rashidi subjek Biology . Dia naik ke bilik untuk menunaikan solat Isyak . Adam Haikal menarik kerusi di meja belajarnya .
Baru sahaja dia ingin mencapai buku Chemistry untuk study , pintu biliknya di ketuk .“ Adam... Along ni ! ” kata Halif Zikri dari luar .“ Masuklah along ” kataAdam Haikal . Setelah membuka pintu Adam Haikal kembali duduk di meja belajarnya . “ Lidiya malam ni tidur dengan mama , esok jelah erk kau tidur dengan dia ” kata Halif Zikri .“ Tapikan along dah janji nak bagi tidur dengan Adam malam ni ? ” Tanya Adam Haikal tidak berpuas hati .“ Ala mama tu , lagi pun siang tadi kan Adam dah main dengan dia ” pujuk Halif Zikri .“ Hm yelah yelah ” kata Adam Haikal mengalah . Halif Zikri memandang sekeliling bilik adiknya . Tiada apa yang berubah . Dia duduk di birai katil . Dia merenung tubuh adiknya .“ Adam , kau makin berisi ke ? ” Tanya Halif Zikri .“ Aah along , makin naik ” jawab Adam Haikal dengan nada sedih dia berpaling kearah abangnya .“ Kau tak takut ke gemuk macam ni ? ” Tanya Halif Zikri .“ Takut apa ? ” Tanya Adam Haikal lambat .“ Takut Azia tinggalkan kau ” jawab Halif Zikri lalu ketawa . Adam Haikal tersentak . Dia tidak perah berfikir seperti itu . Halif Zikri bangun lalu keluar dari bilik adiknya . Malam itu Adam Haikal tidak dapat menumpukan perhatian untuk belajar dan tidak dapat melupakan apa yang telah dikatakan oleh abangnya .
Sabtu 2.6.2012 , Majlis pertunangan antara Elia Syafiqah dengan Haziq Suhaimi berjalan lancar dan berlangsung dengan meriah sekali . Keluarga Datuk Rahman semuanya memakai baju berwarna purple , satu keluarga sedondon . Mengalahkan majlis perkahwinan . Al maklumlah Elia Syafiqah anak perempuan tunggal mereka . Majlis itu menjadi semakin meriah apabila keluarga Datuk Rahman dari kampung tiba . Adam Haikal hanya memandang ahli keluarga yang sibuk bersembang dan ketawa . Matanya mencari seseorang . Dari tadi Adam Haikal mencari kelibat Azia Nasuha tetapi tidak ketemu . Adam Haikal memandang kearah kolam ikan koi mini Datin Haliza di sebelah kanan rumah , dia ternampak susuk badan Azia Nasuha yang sedang memberi ikan makan . Dia cepat-cepat berjalan menuju kearah Azia Nasuha .“ Hai awak ” tegur Adam Haikal apabila sudah berada di sebelah Azia Nasuha .“ Eh awak , ingatkan siapa tadi ” kata Azia Nasuha sambil memandang muka Adam Haikal .“ Awak ingat kat siapa pulak ni ” kata Adam Haikal menyingga .Azia Nasuha ketawa . Dia melihat muka Adam Haikal yang sudah mula memerah .“ Tak ingat kat siapa pun lah , risau sangat ” kata Azia Nasuha sambil meneruskan memberi ikan makan .“ Mestilah saya risau , tahu lah tak nak ingat kat kita sebab kita gemuk ” kata Adam Haikal bernada merajuk.“ Jangan nak merepek lah awak . Comelnya awak pakai baju melayu ungu ni ” puji Azia Nasuha .“ Awak pun comel pakai baju kebaya yang mama tempah ni , nampak sweet sangat ” kata Adam Haikal . Azia Nasuha menundukkan mukanya . Malu dipuji oleh Adam Haikal . Adam Haikal memandang muka Azia Nasuha yang bermake up nipis itu . Manis muka Azia Nasuha dengan rambutnya yang panjang dilepaskan ke bahu . Sedang ralit Adam Haikal menilik muka Azia Nasuha . Halif Zikri memanggilnya bagi sesi fotografi .
Adam Haikal berlari anak menuju ke dalam rumah meninggalkan Azia Nasuha dengan senyuman .‘ Along , nak kena naik atas pelamin tu ke ? ’ tanya Adam Haikal .“ Yelah cepat , orang nak bergambar sibuk dating pulak ” kata Halif Zikri .“ Cepat semua ambil tempat , cameraman dah ready tu ” ujar Datuk Rahman .“ Sayang meh sini kat abang , Lidiya tu bagi Adam dukung . Anak buah kesayangan dia kan . Sayang berdiri disebelah abang ” kata Halif Zikri kepada Aina Amirah .“ Ala , along ni memang tau ” kata Adam Haikal mencebik .“ Along apa ? Kau tu je takde partner . Mama dengan papa , along dengan akak kau ni , angah dengan tunang dia , hah kau dengan Lidiya jelah . Ke nak along panggil Azia ” sakat Halif Zikri . Adam Haikal merengus . Halif Zikri dan Aina Amirah tersenyum melihat Lidiya Batrisyah berada dalam dukungan Adam Haikal . Tetamu yang melihat mimik muka Adam Haikal yang masam juga turut ketawa . Setelah siap sesi bergambar , mereka semua melakukan kerja mengemas ruang tamu . Datin Haliza tidak penat kerana dia telah memanggil caterer untuk menjamu para tetamu pada majilis pertunangan anaknya gadisnya itu . Dia lebih gemar memanggil pihak catering jika mengadakan apa apa majlis , nanti tidaklah tergopoh-gapah untuk bersiap menyambut majlis .
Seminggu sahaja lagi cuti sekolah masih berbaki , Adam haikal melihat homeworknya . Pada hari ini dia merasa amat gembira kerana dapat menangkap gambar bersama Azia Nasuha memakai baju berwarna sedondon . Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat . Adam Haikal menyiapkan kerja sekolahnya yang masih bertimbun . Dia tidak menghiraukan keadaan rumahnya yang sudah seperti di dalam club bisingnya kerana ramai saudara mara yang datang bertandang di tingkat bawah . Matlamat utamanya ialah hendak menyiapkan kerja sekolahnya sehingga selesai .

No comments:
Post a Comment